Wednesday, May 4, 2011

Andai lelaki tahu~

Andai  lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya..
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...

Andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andai lelaki tahu..
apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,                                                                  
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.  
lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..

Andai lelaki tahu..
apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..

Andai lelaki tahu..
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..

Andai lelaki tahu..
apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai...
  
Andai lelaki tahu..
apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,hati perempuan itu sangat lembut,
andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..
  
Andai lelaki tahu..
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dam menyempurnakan.
perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamaaya..
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..
dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya ,
isteri juga ibu yang terbaik  untuk anak-anak anda....

No comments:

Post a Comment